Habis Final Exam

Salam semua…at last…dapat jugak aku memulakan kembali karier sebagai blogger.. Dah bersawang dah blog aku.  Ni semua dek kesibukan musim “final exam”. Walaupun semester ni cuma 2 subjek jer yang masuk final, tp ada subjek lain yg aku perlu kosentret (ada assignment, course work, project) sepanjang minggu “final exam”.

Sekarang dah abis minggu “final exam” dan bermula musim rehat disamping fokus pada “Final Year Project” aku.

Alhamdulillah, semua yang aku rancang berjalan lancar.

DiGi LEAP Breakaway

Next week, (24/11/2008), akan bermula la kem atau 1 intro dari program Digi LEAP Program yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi DiGi. Heh, tak sabar rasanya. Kalu sem2 sebelum ni, time2 pas final ni, aku dah lepak kat rumah dah. Santai bersama keluarga. Tapi sem ni, ada DiGi LEAP beb.

Tak sabar tol aku nak g program ni. Pihak LEAP akan buat program breakaway ni kat 1 campsite di Hulu Langat. Harap2 program ni leh tambah certain2 value yang xde kat aku. Yer la, dah tua2 ni, dah lama xikut program yg best n enjoy.

So, dats all. Doakan aku sentiasa selamat. Heheheh…

Well, aku dah lama start blogging ni. Cuma dah lama tak update. Heheheh. Sgt2 sibuk. Ni aku nak cerita pasal 1st award yang aku dapat. Blog-blog lain dah berpuluh award dapat. Tapi takper, mungkin ni baru permulaan aku.

Aku di anugerahkan award ni daripada sorang blogger gak. Nama dia Nikillas. Thanx bro. Lenkali bg lagi. Heheheh

Pernah tak korang dengar pasal DiGi LEAP Program? Mesti tak pernah kan? Sebab benda ni baru 1st time DiGi wat kat UiTM Malaysia (Formerly known as UiTM Shah Alam). Program ni adalah untuk DiGi mendedahkan student IPTA kepada industri bidang komunikasi.

Matlamat

Disamping mendedahkan bidang komunikasi kepada pelajar IPTA, DiGi juga kemungkinan besar akan memilih pelajar-pelajar didalam program ini untuk terus bersama mereka (kerja ngan diorang la tu).

Peluang

Lepas pihak DiGi datang wat briefing beberapa bulan lepas kat UiTM, diorg bagi borang kepada sesiapa yang berminat. Then, diorang bagi task. Berdasarkan task tu la diorang akan pilih pelajar untuk dimasukkan dalam program ni. So, ni la peluang yang melibatkan industri untuk pelajar macam aku. Tak kan la aku nak lepaskan peluang kan?

Terpilih

Alhamdulillah. Lepas setel task yang diberi, dalam 3 minggu pastu DiGi bagi feedback. So, aku dan 2 lagi housemate aku dah terpilih. Hehehe. Hepi beb. Kat bawah ni la bukti aku terpilih. Doakan aku dapat banyak ilmu dari program ni.

Wow…nampaknya blog aku ni dah berkarat. Dah nak reput dah. Dah lama sangat aku tak update. Apa nak buat, sebagai seorang final year student, aku kne kosentret pada study. Taknak lak aku sangkut study ni…

Dalam masa sebulan lebih ni, banyak yang aku tempuhi. Banyak yang aku ingin tulis disini kalu ada masa. Tapi, sebab aku takde masa, slow2 la aku tulis.

Banyak orang banyak ragam

Well, dalam masa aku mendiamkan diri ni (x update blog la maknanyer), banyak ragam orang yang aku jumpa. Macam-macam jenis rupanya Dia cipta manusia ni. Ada yang wat kita hepi, ada yang menyakitkan hati, tak kurang yang melukakan (Aisheh…cam jiwang lak….Hahaha). Tapi biasa la ni kan? Pengalaman dalam kita menempuh hidup. Ni la rencah kehidupan.

Final Year Project 

Warghhh…Pening bila fikir pasal final year project. Aku baru lepas siapkan dan hantar proposal final year projek minggu lepas. Susah gak rupanya nak wat proposal ni. Hahahah. Nak wat final year projek gempak-gempak, so, proposal pun jadi cam susah la. Tapi, yang bagusnya, masa ni la aku belajar kenal software-software yang canggih manggih, tau wat format yang betol2 standard untuk proposal, tau macam mana nak cari journal, project paper n rujukan yang reliable. 

Web Development

Well, dalam masa ni jugak la aku belajar design n coding guna HTML, Java, Visual Basic untuk web development. Niat nakbantu kawan. Alhamdulillah, berjaya aku siapkan request dalam masa yang sepatutnya.

PSP

Ni benda yang aku suka sangat nak sebut. Heheheh. Sekarang dah banyak game-game yang aku download. Banyak benda-benda yang aku dah belajar pasal PSP ni. Dari nak convert video, tu custom theme, install OS (shell), homebrew, main game PSX, wat security, YM, tgk YouTube dan macam-macam lagi. Aku memang suka belajar menda2 cani. Nanti la aku share benda-benda yang best pasal PSP ni.

Hari ni tanggal 1 Ramadan. 1st day puasa la. Hari ni macam2 ragam kita boleh peratikan. Ada yang terlupa, bangun pagi gi minum air, makan nasi, yang terlupa gi korek hidung pun ada. Hahaha. Biasa la kan, ,manusia ni kan pelupa.

Tak lupa gak kawan2 yang balik ke rumah masing-masing untuk berbuka puasa bersama family pada hari pertama puasa ni. Aku lepak kat umah sewa jer ni. Biasa la, dok di perantauan (bunyik cam belajar kat luar negara jer a.k.a oversea). Hahahah.

Posting ni takder paper pun sebenarnyer. Aku just nak ucapkan sekali lagi “Selamat Berpuasa” dan “Selamat Beramal Ibadah”. Di bulan ni la korang nak tambahkan pelbagai pahala. Pendek kata semua benda boleh bantu korang gandakan pahala. Jangan buat maksiat dah le.

More RAMADHAN graphics